Sekarang ni musin cuti sekolah, dua bulan lamu tuh. Hari ni pula tak ada air..memang terseksa. Bila saat tak ada air macam ni lah barulah rasa bersyukur sikit betapa pentingnya air. Kalau tak guna je tak tahu apa-apa. Tengah-tengah tak ada air macam ni tiba-tiba teringatkan air terjun. Selama saya hidup pernah pergi air terjun dua kali je, Air Terjun Titi Hayun, Kedah dan Air Terjun Yam, Perak. Masa kakak akhir diploma di UiTM Perak dulu. Lebih kurang dua tahun lepas. Setakat ni banyak jugalah gambar air terjun yang saya search..yang paling unik sekali yang membuatkan saya terpukau ialah Air Terjun Niagara Falls, Canada. Memang unik sangat..tapi menyeramkan pun ada juga sebab memang dalam gila air terjun nih.
Cartoon version

Real Version
Ha...cantik kan tapi dalam yang amat sangat. Mesti bising kalau kita ada betul-betul kat sana. Hari tu masa oral saya ada buat pasal air terjun tapi tajuk umum. Contoh air terjun yang saya bagi Pearl Shoal Falls. Nasib baik ingat lagi. Gambar pun pinjam dari kawan sebab masa print gambar Air Terjun Angel Falls yang indah bertukar menjadi mimpi ngeri..jadi warna ungu. Ni semua sebab dakwat dah habis..huh..!! Nasib baik ada orang sudi nak tolong..kalau tak memang nekad nak bawa je gambar air terjun warna ungu tu masa present. Di bawah ni..gambar air terjun Pearl Shoal Falls yang saya jadikan contoh masa present hari tu. Boleh tahan juga cantik kan. Air terjun ni terletak di Cina. Lebih kurang je gambar air terjun ni berbanding hari tu..yang bezanya cuma air terjun yang gambar dulu baru nak mengalir lepas musin kemarau. Ingat nak tunjuk kat korang gambar Air Terjun Titi Hayun dan Air Terjun Yam tapi tak ada. Kalau pergi Kedah atau Perak, singgahlah ke air terjun..memang sejuk dan tenteram.
Pearl Shoal Falls, China



yeah ade "kawan" tolong... ♥
ReplyDeleteha r.."kawan" uh mmg baik..thnx hehe..:P
ReplyDelete